Feeds:
Posts
Comments

Archive for January, 2009

Sebungkus mi segera

Siulan perutku
Mengganggu tumpuanku
Aku bingkas
Meninggalkan ruangan ilmu
Mencari sesuatu
Di ceruk dapur
Sebungkus mi segera

Ahh.. beginilah nasibku
Sudah jatuh ditimpa tangga
Sudahlah lapar
Perutku merana semula
Ohh.. mi segera
Tarikh luputmu
Sudah lama rupanya

Read Full Post »

Memori rumah nenek

indahnyer

Indahnya rumah nenekku

Masihku ingat lagi
Tahun 2004
Sepanjang Ramadhan nenek sakit
Nenek tinggal di hospital
Nenek tak dapat puasa penuh
Cuma empat hari saja
Mama hendak pulang awal
Tapi abah tak boleh cuti
Dan aku berperang dengan SPM

Dua hari sebelum aidilfitri
Aku pulang ke Sabak Bernam
Jenguk nenek di hospital
Masa melawat dah tamat
Satu jam sahaja aku bertemunya
“Ah, esok ada lagi”
Aku fikir begitu

Jam lima pagi
Mama pergi hospital
Kecemasan katanya
Aku hanya berdoa
Sambil mengunyah lauk sahur
Rupanya nenek sudah pergi
Meninggalkan alam fana
Pukul empat pagi

Moga roh nenek
Ditempatkan dikalangan orang-orang beriman
AMIN…

Read Full Post »

Aku hanya ‘melihatmu’

Saat Gaza disirami darah
Dihujani peluru Zionis
Ledakan bom fosforus
Di mana aku waktu itu?
Gelak ketawa tak ambil peduli
Sekadar ‘memandang’ sebelah mata

Ketika rakyatmu sengsara
Meniti hidup penuh derita
Tanpa sesuap makanan
Di mana aku waktu itu?
Menyaksikan AJL penuh debaran
Tidak kisah melihatmu kelaparan

Gaza
Dunia menyokongmu
Demontrasi, demontrasi, demontrasi
Aku pun ikut sekali
Tapi, di mana kalbuku saat itu?
Sambil menjerit ‘Hidup Palestin’
Padahal
Aku tidak peduli akan nasibmu

Gaza
Dikala pejuang HAMAS
Berjuang bersama rakyatnya
Yang bersenjatakan batu keras
Di mana aku waktu itu?
Enak tidur di rumah
Di atas tilam empukku

Gaza oh Gaza
Aku malu dengan diriku
Aku malu dengan pemuda-pemudiku
Mengejar dunia glamor
Akademi Fantasia
One in Millionaire
My star LG
Itu sahaja yang kami tahu

Maafkan aku Gaza

(Bersama kita mendoakan dan membantu menghidupkan kembali Gaza)

Read Full Post »

Selesai sahaja solat maghrib, lebih kurang dalam jam 8.15 malam, saya bersama tiga sahabat bergegas ke café untuk menikmati makan malam. Sambil-sambil makan, bolehlah menonton Buletin Utama. Sambil berbincang isu-isu yang dipaparkan. Itu fikir kami. Akan tetapi, sampai sahaja di sana, tuan café tidak membuka siaran berita sebaliknya siaran drama yang kami sendiri pun tak berkenan nak tonton. Hendak tukar siaran, remote tak ada.

Nasib baik ada seorang minah ni tiba-tiba datang terus tukar siaran berita tv3. Dapatlah kami menikmati berita seketika. Baik betul hati si minah ni. Ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahhari. Ingat kan si minah ni nak tonton berita, rupanya menunggu Buletin Utama tamat. Tak sabar nak tunggu Anugerah Juara Lagu. Hampeh….

Boleh dikatakan, semua pengunjung yang berada di situ tak sabar menunggu AJL. Hairan betul kami. Siaran berita yang terpasang langsung tak ambil peduli. Semua sibuk-sibuk menunggu AJL. Tiada seorang pun yang memberi tumpuan mendengar siaran berita. Entah apa yang terjadi dengan Palestin pun mereka tak tahu agaknya. Bukan setakat Palestin, pilihanraya Kuala Terengganu pun mereka tak berminat nak tahu.

Mungkin AJL lebih penting dari isu Palestin agaknya. Apa mereka peduli dengan saudara seislam di sana dibunuh dengan bom fosforus. Lagipun, bukannya mereka bersusah-payah mempertahankan Gaza bersama pejuang-pejuang HAMAS dan rakyat Palestin. Ye tak? Alah, boikot barangan mereka pun sudah memadai. Barangkali itu fikir mereka. Ahh, malas nak duduk lama-lama. Tamat sahaja siaran berita, kami bingkas balik ke rumah.

 

Read Full Post »

Berjuang demi AF7

Berita dipetik dari KOSMO Ahad 18 Januari 2009

Mama Rina jadi idola Saleha

KUALA LUMPUR – Jika tahun lalu program realiti Akademi Fantasia (AF) menerima kemasukan seorang nenek, Hairina Abd. Halim, 44, dan seorang bapa, Jumaah Hussain, 41, tahun ini Astro menyaksikan kehadiran seorang ibu berusia 40 tahun.

Ibu kepada dua anak, Nor Saleha Mohd. Salleh yang hadir ke uji bakat AF musim ke-7 di Bukit Jalil di sini semalam turut serta mencuba nasib kerana mempunyai minat mendalam terhadap nyanyian.

“Selepas menyaksikan kejayaan Mama Rina (Hairina), saya terikut untuk menghadiri uji bakat.

“Saya memang sudah bersedia untuk bersaing dengan orang muda,” kata pengusaha pusat kecantikan yang mempertaruhkan lagu Kalis Rindu itu.

Selain Nor Saleha, lebih 1,000 orang berbaris seawal pukul 7 pagi untuk mencuba nasib di Stadium Nasional Bukit Jalil walaupun pendaftaran hanya bermula pukul 11 pagi.

Tahun ini, Astro juga membenarkan artis yang tidak memegang sebarang kontrak dan juga warganegara Singapura menyertai program berkenaan.

-Alangkah baiknya jumlah 1000 orang ini berjuang bersama-sama rakyat Palestin dan HAMAS di Semenanjung Gaza

-Kalau tidak menjadi pejuang, pergi sebagai sukarelawan untuk rakyat Palestin pun sudah memadai.

-Kalau 1000 orang ini bersama-sama menunaikan solat hajat dan bacaan yaasin untuk rakyat Palestin di Gaza kan baik.

-Kalau dikutip setiap seorang RM10 untuk disalurkan kepada rakyat Palestin, jumlahnya mencapai RM10000. Takkanlah kedekut sangat nak keluarkan duit. Berhabis minyak RM50 nak ke uji bakat boleh pulak!!

Read Full Post »