Feeds:
Posts
Comments

Archive for February 2nd, 2009

Tangisan Anak Terbuang

Jam sebelas malam

Gadis naïf menunggu

Menunggu pemuda ‘setia’

Di bawah pohon rambutan

Tempat kerengga bertandang

Tak ambil peduli

Kerengga menggigit kaki

Dari jauh kedengaran

Deruman motor kapcai

Pemuda yang ditunggu

Terpacak di depan mata

Senyum menggatal

Wajah pun ala-ala

Gadis sengih menggedik

Pemuda ajak meronda

Ronda, ronda, ronda

Pusing-pusing kota raya

Masing-masing capek

Singgah hotel murah

Syaitan pun menziarah

Bila dah berdua

Eh… bertigalah

Campur tetamu tadi

Buat benda terkutuk

Tak ingat dosa

Tak ingat azab neraka

Senang kata, buat-buat tak ingat

Tup…tap tup…tap

Apa jadi dengan mereka?

Pemuda ‘setia’ masih ‘setia’

Setia dengan gadis barunya

Gadis lama merana

Perut boyot ke hulu hilir

Sembilan bulan menanti

Berendam air mata

Menyesal tak sudah

Harta bernilai

Diragut jantan keparat

Salah siapa?

Gadis salah

Pemuda pun salah

Jam lapan malam

Tonton televisyen

Siaran berita

“Seorang bayi ditemui dalam tong sampah”

“Mayat bayi lelaki dijumpai dalam tandas”

“Mayat bayi dalam lipatan sejadah”

Apalah dosa si bayi

Fikir-fikirlah

Read Full Post »

Roti canai untuk datuk

roti canai

roti canai

pagi semalam

sarapan pagi

aku lihat

datuk makan roti canai

roti canai warna putih

roti canai lembut

roti canai dari mamak

hari ini

sarapan pagi

aku beli lagi

roti canai warna putih

roti canai lembut

roti canai dari mamak

untuk datuk di rumah

jam tujuh pagi

aku beli roti canai

tujuh setengah pagi

aku pulang bawa roti canai

tapi

datuk tak makan roti canai

datuk bukan tak suka

datuk bukan marah

datuk bukan merajuk

datuk sudah pergi

pergi meninggalkanku

pergi dari alam ini

jam tujuh suku pagi tadi

Read Full Post »

Tahniah Erdogan

recep tayyib erdogan

recep tayyib erdogan

Tindakan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meninggalkan pentas perdebatan Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung di Davos dianggap sebagai tindakan berani walaupun tidaklah sehebat balingan kasut Muntazar Az-Zaidi.

Beliau bertindak demikian selepas bertegang urat dengan President Israel, Shimon Peres berhubung tindakan Zionis menyerang Genting Gaza. Akan tetapi, semasa sesi perdebatan berlangsung, ketidak adilan jelas kelihatan apabila beliau diberikan masa yang sedikit untuk bercakap manakala Peres diberikan masa yang panjang. Hal ini membuatkan beliau marah lalu meninggalkan sesi perdebatan yang masih berlangsung. Perbuatan beliau dikatakan turut disokong oleh Setiausaha PBB, Ban Ki Mon yang turut berada di situ.

Tahniah Erdogan…. Walaupun tindakan beliau dianggap kecil akan tetapi beliau tetap menjadi wira oleh rakyat Turki dan umat Islam sedunia.

Read Full Post »