Feeds:
Posts
Comments

Koleksi bukuku

Bedar Sukma Bisu by Faisal Tehrani

Bedar Sukma Bisu by Faisal Tehrani

Saasatul Ibaad by Faisal Tehrani

Saasatul Ibaad by Faisal Tehrani

syahmi-0921

1517h kombat by Faisal Tehrani

1517h kombat by Faisal Tehrani

By Karim Raslan

By Karim Raslan

s6301496

ISU by Adam Kadir

ISU by Adam Kadir

Sekian lama mencari

Sekian lama mencari novel ni, dekat 4tahun lah.. tak silap masa aku tingkatan 6. Akhirnya aku jumpa juga.

by Faisal Tehrani

by Faisal Tehrani

Yang Pelik?

Apa yang pelik di sini ya? setahu aku yang pelik di sini, sikap tak hormat student dengan orang lain agaknya. Entahlah, aku pun tak pasti soheh atau tak… tapi, kalau dah nampak dengan mata kepala sendiri, mestilah soheh…

kebanyakan student sini  didikan agama ‘terlebih’ bagus sebab masing-masing dari background sekolah agama. Tapi, yang peliknya, bile bab naik bas, masing-masing….

-tak tahu nak beratur, kambing masuk kandang pun tau ikut giliran. maybe, kambing tu sekolah agama kot…

-ade satu hari tu, pensyarah arab naik bas, dah tahu awak tu duduk depan, pandai-pandailah bangun pergi pindah duduk belakang. tak kan nak mintak pensyarah tu pergi belakang .. padahal masa tu ramai budak perempuan, mesti dia pun segan.

amat memalukan jugak lah sebab semua yang aku nampak, semua budak perempuan yang buat, entahlah…………….

Tangisan Anak Terbuang

Jam sebelas malam

Gadis naïf menunggu

Menunggu pemuda ‘setia’

Di bawah pohon rambutan

Tempat kerengga bertandang

Tak ambil peduli

Kerengga menggigit kaki

Dari jauh kedengaran

Deruman motor kapcai

Pemuda yang ditunggu

Terpacak di depan mata

Senyum menggatal

Wajah pun ala-ala

Gadis sengih menggedik

Pemuda ajak meronda

Ronda, ronda, ronda

Pusing-pusing kota raya

Masing-masing capek

Singgah hotel murah

Syaitan pun menziarah

Bila dah berdua

Eh… bertigalah

Campur tetamu tadi

Buat benda terkutuk

Tak ingat dosa

Tak ingat azab neraka

Senang kata, buat-buat tak ingat

Tup…tap tup…tap

Apa jadi dengan mereka?

Pemuda ‘setia’ masih ‘setia’

Setia dengan gadis barunya

Gadis lama merana

Perut boyot ke hulu hilir

Sembilan bulan menanti

Berendam air mata

Menyesal tak sudah

Harta bernilai

Diragut jantan keparat

Salah siapa?

Gadis salah

Pemuda pun salah

Jam lapan malam

Tonton televisyen

Siaran berita

“Seorang bayi ditemui dalam tong sampah”

“Mayat bayi lelaki dijumpai dalam tandas”

“Mayat bayi dalam lipatan sejadah”

Apalah dosa si bayi

Fikir-fikirlah

Roti canai untuk datuk

roti canai

roti canai

pagi semalam

sarapan pagi

aku lihat

datuk makan roti canai

roti canai warna putih

roti canai lembut

roti canai dari mamak

hari ini

sarapan pagi

aku beli lagi

roti canai warna putih

roti canai lembut

roti canai dari mamak

untuk datuk di rumah

jam tujuh pagi

aku beli roti canai

tujuh setengah pagi

aku pulang bawa roti canai

tapi

datuk tak makan roti canai

datuk bukan tak suka

datuk bukan marah

datuk bukan merajuk

datuk sudah pergi

pergi meninggalkanku

pergi dari alam ini

jam tujuh suku pagi tadi

Tahniah Erdogan

recep tayyib erdogan

recep tayyib erdogan

Tindakan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meninggalkan pentas perdebatan Forum Ekonomi Dunia yang berlangsung di Davos dianggap sebagai tindakan berani walaupun tidaklah sehebat balingan kasut Muntazar Az-Zaidi.

Beliau bertindak demikian selepas bertegang urat dengan President Israel, Shimon Peres berhubung tindakan Zionis menyerang Genting Gaza. Akan tetapi, semasa sesi perdebatan berlangsung, ketidak adilan jelas kelihatan apabila beliau diberikan masa yang sedikit untuk bercakap manakala Peres diberikan masa yang panjang. Hal ini membuatkan beliau marah lalu meninggalkan sesi perdebatan yang masih berlangsung. Perbuatan beliau dikatakan turut disokong oleh Setiausaha PBB, Ban Ki Mon yang turut berada di situ.

Tahniah Erdogan…. Walaupun tindakan beliau dianggap kecil akan tetapi beliau tetap menjadi wira oleh rakyat Turki dan umat Islam sedunia.

Sebungkus mi segera

Siulan perutku
Mengganggu tumpuanku
Aku bingkas
Meninggalkan ruangan ilmu
Mencari sesuatu
Di ceruk dapur
Sebungkus mi segera

Ahh.. beginilah nasibku
Sudah jatuh ditimpa tangga
Sudahlah lapar
Perutku merana semula
Ohh.. mi segera
Tarikh luputmu
Sudah lama rupanya

Memori rumah nenek

indahnyer

Indahnya rumah nenekku

Masihku ingat lagi
Tahun 2004
Sepanjang Ramadhan nenek sakit
Nenek tinggal di hospital
Nenek tak dapat puasa penuh
Cuma empat hari saja
Mama hendak pulang awal
Tapi abah tak boleh cuti
Dan aku berperang dengan SPM

Dua hari sebelum aidilfitri
Aku pulang ke Sabak Bernam
Jenguk nenek di hospital
Masa melawat dah tamat
Satu jam sahaja aku bertemunya
“Ah, esok ada lagi”
Aku fikir begitu

Jam lima pagi
Mama pergi hospital
Kecemasan katanya
Aku hanya berdoa
Sambil mengunyah lauk sahur
Rupanya nenek sudah pergi
Meninggalkan alam fana
Pukul empat pagi

Moga roh nenek
Ditempatkan dikalangan orang-orang beriman
AMIN…

Saat Gaza disirami darah
Dihujani peluru Zionis
Ledakan bom fosforus
Di mana aku waktu itu?
Gelak ketawa tak ambil peduli
Sekadar ‘memandang’ sebelah mata

Ketika rakyatmu sengsara
Meniti hidup penuh derita
Tanpa sesuap makanan
Di mana aku waktu itu?
Menyaksikan AJL penuh debaran
Tidak kisah melihatmu kelaparan

Gaza
Dunia menyokongmu
Demontrasi, demontrasi, demontrasi
Aku pun ikut sekali
Tapi, di mana kalbuku saat itu?
Sambil menjerit ‘Hidup Palestin’
Padahal
Aku tidak peduli akan nasibmu

Gaza
Dikala pejuang HAMAS
Berjuang bersama rakyatnya
Yang bersenjatakan batu keras
Di mana aku waktu itu?
Enak tidur di rumah
Di atas tilam empukku

Gaza oh Gaza
Aku malu dengan diriku
Aku malu dengan pemuda-pemudiku
Mengejar dunia glamor
Akademi Fantasia
One in Millionaire
My star LG
Itu sahaja yang kami tahu

Maafkan aku Gaza

(Bersama kita mendoakan dan membantu menghidupkan kembali Gaza)

Selesai sahaja solat maghrib, lebih kurang dalam jam 8.15 malam, saya bersama tiga sahabat bergegas ke café untuk menikmati makan malam. Sambil-sambil makan, bolehlah menonton Buletin Utama. Sambil berbincang isu-isu yang dipaparkan. Itu fikir kami. Akan tetapi, sampai sahaja di sana, tuan café tidak membuka siaran berita sebaliknya siaran drama yang kami sendiri pun tak berkenan nak tonton. Hendak tukar siaran, remote tak ada.

Nasib baik ada seorang minah ni tiba-tiba datang terus tukar siaran berita tv3. Dapatlah kami menikmati berita seketika. Baik betul hati si minah ni. Ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahhari. Ingat kan si minah ni nak tonton berita, rupanya menunggu Buletin Utama tamat. Tak sabar nak tunggu Anugerah Juara Lagu. Hampeh….

Boleh dikatakan, semua pengunjung yang berada di situ tak sabar menunggu AJL. Hairan betul kami. Siaran berita yang terpasang langsung tak ambil peduli. Semua sibuk-sibuk menunggu AJL. Tiada seorang pun yang memberi tumpuan mendengar siaran berita. Entah apa yang terjadi dengan Palestin pun mereka tak tahu agaknya. Bukan setakat Palestin, pilihanraya Kuala Terengganu pun mereka tak berminat nak tahu.

Mungkin AJL lebih penting dari isu Palestin agaknya. Apa mereka peduli dengan saudara seislam di sana dibunuh dengan bom fosforus. Lagipun, bukannya mereka bersusah-payah mempertahankan Gaza bersama pejuang-pejuang HAMAS dan rakyat Palestin. Ye tak? Alah, boikot barangan mereka pun sudah memadai. Barangkali itu fikir mereka. Ahh, malas nak duduk lama-lama. Tamat sahaja siaran berita, kami bingkas balik ke rumah.